PLAY MY SONG'S ♥

Sunday, July 8, 2018

Kisah Antara Kita





Allah telah hadirkan kau dalam hidup aku tanpa aku sedari,
selama itu jua kau mengagumi aku,
kekerapan kita bersua dalam suasana yang tidak sengaja,
membuatkan aku tidak terlihat siapakah kau,
yang aku tahu semua tentang kesempuraan kau sebagai seorang manusia yang diimpikan setiap insan di dunia.

aku percaya disetiap pertemuan yang di aturkanNya 
ada hikmah tersembunyi. 
pelbagai peristiwa yang kita lalui tanpa aku sedari,
kau mampu mengungkap setiap detik tanpa ada satu peristiwa yang tertinggal.
kau begitu baik pada aku, layanan yang kau beri,
tak pernah aku lihat palsu,
keikhlasan yang kau tunjukkan membuat aku merasakan
masih ada lagi manusia yang aku boleh bertaut dengan kebaikan yang kau beri.

namun kesilapan aku,
terlalu memandang tinggi peribadi kau.
hingga aku lupa kau jua manusia,
ada perasaan, ada hati dan jiwa
Aku buat plbgai cara utk mjauh namun kau ttp ada
Layanan y x sbaiknya kau terima
Kau telan dgn senyuman dan tanpa rungutan
Tanpa jemu kau memujuk aku kembali kepadaNya.
Tanpa lelah kau tetap berusaha menyedarkan aku dunia ini hanyalah sementara.

Tika aku hampir melepaskan kau pergi,
Hati aku berubah semampunya,
Menerima tanpa menolak,
Perih mana hati aku memberontak tapi aku tetap teguh melakukan semuanya.
PadaNya aku meminta pertolongan,
Permudahkan urusan dia,
Aku tak mampu memberi apa yang dia mampu beri pada aku.
Hanya cebisan doa yang aku mampu hadiahkan untuk kau setiap hari.
Tanpa jemu doa aku moga kita berpisah didunia namun bertemu disyurgaNya.
Aku tak layak meminta kasih kau, aku sedar saat kau memberi tanpa had aku sendiri menghalang kau dari memberi. Aku tahu apa rasanya bila aku tidak lagi di beri kasih. Kadang kala aku rasa tak sanggup meminta untuk beri  perhatian kau kat aku. 

Hebat mana rancangan aku tapi aku sedar hebat lagi perancanganNya untuk aku. Aku dah boleh terima kau pelahan-lahan dalam hidup aku. Saat tu aku sedar aku juga perlu sedia untuk perlahan-lahan melepasakan kau. Kejar cita-cita kau, berbakti pada orang tua kau, bahagiakan orang sekeliling, kejar kebahagiaan kau jua. Sebab tu aku boleh terima. Kau tetap dalam doa aku. Tak terputus. 

Aku tak berpeluang nak cakap terima kasih jaga aku time aku sakit, marah aku bila aku degil sangat, pujuk aku time aku rasa dunia dah terbalik, bagi pinjam duit dalam diam. Bagi aku makan bila aku lapar, paksa aku solat bila aku leka, usap rambut aku tiap hari jumaat, peluk aku bila aku sedih, ada dengan aku masa susah senang, sudi naik bluekie aku walaupun kau takut, sanggup makan apa yang aku nak makan, bagi aku kasih sayang seorang insan yang kadang kala nampak je kuat tapi hati tisu. Teman aku masa aku dah hujung nyawa ritu. Susah payah layan kerenah aku yang mengada-gada. Bagi aku peluang naik bus sama-sama balik kampung kau walaupun aku ngeri. Bagi peluang kenal dengan family kau. Bagi aku rasa bahagia walaupun seketika. Telan semua kata-kata aku yang menyinggung perasaan kau dulu. Gaduh gan aku berhari-hari. 


Aku doakan kau dilindungiNya, sentiasa dalam rahmadNya. Moga kau bahagia dengan insan yang menyayangi kau, padaNya aku pohon untuk balas semua jasa dan budi baik kau pada aku. Hingga habis nyawa aku tetap sayang kau. Kau jangan sedih eh. Aku tak pernah tak sayang kau. Walaupun sekarang semuanya seperti ada jarak antara kita, pada aku tu semua dugaan. Aku harap kau tetap sabar dan tabah layan kerenah aku hingga tiba masa kau pergi kelak. It okey, aku dah buat persiapan perpisahan. Moga aku kuat time tu. Kau pon. Moga kita tetap berhubung walaupun kau sibuk dengan masa depan kau. Aku tetap sebelah kau.

Tuhan ku amat menyayangi nya, tuhan tolong jaga dia untuk aku, kerna hidup ini tak berarti tanpanya, tuhan hantarkan malaikat untuknya



No comments:

Post a Comment