aku telah kehilangan insan yang aku sayang.. yang telah banyak memberi aku pengalaman, kenangan dan juga erti kehidupan..beliau tidak pernah mengajar aku mengejar kemewahan..hidup aku serba sederhana..aku tidak tahu erti memilih dan sentiasa menerima apa saja yang diberi olehnya segala kemahuanku akan dia turutkan..namun aku tidak pernah terlintas untuk mengambil kesempatan diatas kebaikan beliau..dari segi pakaian, makanan serta ragam hidupku dia terima aku apa adanya..tidak pernah aku mendengar keluhan dari dia tentang aku..malah aku hargai KEPERCAYAAN yang diberi malah aku diajar BERDIKARI..dia memahami aku seadanya..sakit pening aku dia tahu biarpun aku sembunyi..selama 16 tahun aku bersamanya..malah aku amat mengeruni beliau..aku masih ingat tatkala aku demam di bulan puasa ketika umur aku 7 tahun dalam kepayahan dan ketidak stabilnya ekonomi beliau mencari nafkah dengan berniaga sesudah meniaga segera beliau membawa aku ke klinik berdekatan aku disahkan lelah..masih diingatan ku, tatkala aku demam ketika usia aku 16 tahun keadaan ekonomi tidak stabil disebabkan berpindah rumah aku tidak berani meminta di hantar kehospital. namun beliau menbawa aku yang lemah ke klinik berdekatan dan aku disahkan DEMAM DENGGI.. disebabkan rawatan awal aku masih bernafas di bumiNya..itu adalah yang terakhir. aku melihat tanggungjawab beliau terhadap ku biarpun sesibuk mana dia tetap meluangkan masa menghantar aku ke hospital untuk membuka simen tanganku. sanggup meredah 45 km sedangkan boleh bayar bil di pekan namun mengajak aku ke bandar menaiki moto jaguh.. ada ketika aku kesedihan menenangkan aku sewaktu kecil bila diganggu.. dia jua memberi aku nilai kehidupan yang berbeza..aku membesar 13 tahun dengan budaya bandar, 3 tahun dengan budaya kampung dan setahun di pekan..3 tahun lagi aku MERANTAU di negeri kelahiran beliau.. tanggal 13 APRIL 2008 10.00 malam sebelum aku meninggalkan rumah, aku melihat beliau tersenyum riang bersama kami..beliau dapat panggilan untuk operasi, aku mengantar beliau dengan pandangan agar esok akan beliau hantar aku kesekolah. aku dikejutkan dengan berita beliau kemalangan..tidak terlintas difikiran aku untuk merasa risau kerna aku percaya beliau tidak teruk. sesampai di HOSPITAL SLIM RIVER aku terkejut melihat kenderaan polis banyak dihadapan pintu KECEMASAN HOSPITAL..aku masih mampu tersenyum. mak suruh aku TOPUP dan lantas aku ke tempat kejadian.. terdetik dihati aku berkata "hidupkan insan yang duduk dalam van yang remuk dibelakang pemandu?".. sesampai di hadapan pintu KECEMASAN aku dikhabarkan pemergian beliau untuk selama-lamanya di pelukan ibuku..aku terdiam dan dikejutkan pula dengan kembalinya nadi beliau.. sesudah itu segera aku berada disisi beliau bertambah terkejut aku melihat keadaan fizikal beliau apa yang mampu aku lakukan meminta ampun serta linangan air mata aku tumpah jua tatkala doktor mengesahkan pemergian beliau untuk selama-lamanya.. pertama kali aku kehilangan insan yang benar benar aku memerlukan disaat itu. ku sedekahakn surah yassin diiringi linangan air mata yang mengalir tanpa henti.. aku biarkan ia mengalir sebegitu sahaja.. aku melihat ibuku tenang disisi arwah ketika selesai dikafankan. aku insan yang terakhir mencium dahi arwah..SEJUK!! tatkala itu air mataku seolah air terjun.. 14 APRIL 2008 aku melihat sendiri arwah disemadikan di tanah perkuburan KLEBANG BESAR sebelum asar.. 5 bulan hidup aku dilanda kesedihan dan tidak mampu berkata-kata.. apabila SPM hampir menjelma.."dura awak tak boleh terus begini, ingatlah arwah abah awak hantar awak ke sekolah supaya awak boleh menolong ibu awak dengan ilmu yang ada..jangan siakan kepandaian yang awak ada".. dalam tempoh seminggu aku berusaha agar tidak gagal dalam subjek utama.. tatkala keputusan keluar aku hiba kerna sudah kebiasaan UPSR dan PMR arwah orang pertama tahu keputusan aku namun?? aku kerja sambilan di HOSPITAL SLIM RIVER untuk meringankan beban ibuku.. arwah ingin melihat anaknya mengikuti PLKN.. sewaktu melapor diri di balai pelepasan aku hiba kerna jiran aku menghantar aku bersama ibu dan adik lelaki aku..terbayang seandainya beliau masih hidup.. namun aku redha.. setelah tamat PLKN aku memilih untuk sambung belajar di KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA dengan harapan akan terubat rindu aku terhadap beliau.. aku kota janji ku sehingga habis nyawa aku. "iqa bila abah dah tak ada lagi di dunia, sanggupkan iqa ziarah kubur abah biarpun pada pagi raya?" "insyaallah tapi klu iqa pergi dulu?' "tiap-tiap hari jumaat abah akan ziarah iqa"....sehingga kini segar di ingatan amanah arwah pada aku " iqa kalau tengah belajar jangan bercinta ye, kelak merana diri".. antara lirik lagu tatkala aku diganggu "JANGAN BERLAGAK SOMBONG ORANG BENCI, TAPI KAU INGAT PESAN ABAH BUAT AZIMAT" satu pinta ku hargailah insan yang bernama ABAH!
No comments:
Post a Comment