PLAY MY SONG'S ♥

Sunday, November 27, 2011

percaya pada ku



aku mencuba untuk merubah
namun padanya aku masih seperti dahulu
ketahuilah aku sudah membesar penuh dengan didikan yang telah engkau bekalkan
sehingga kini aku tidak pernah mencuba untuk menconteng arang pada muka mu..
ketahuilah aku ingin disisimu sepanjang waktu
aku tidak sanggup melihat engkau terseksa
dengan pelbagai cubaan dunia engkau tempoh sendirian tanpa jemu
malah kau tabah menghadapi..
aku hanya mampu melihat dari jauh
kau jua mahu aku berjaya
telah aku katakan suatu ketika dahulu
aku tidak mahu namun demi masa depanku aku tempuhi jua
aku tersungkur dipertengahan jalan
kau memberi aku peluang 
kau tetap mahu aku berjaya
dengan berbekalkan azimat dan kata-katamu aku jadikan panduan
kini aku berlari menuju kejayaan atas berkat kau jua
terima kasih kerna memahami aku
sabarlah wahai emak
masa menentukan segalanya
walaupun pada pandanganmu aku belum mampu menyakinkanmu
percayalah aku sedang belajar berdikari
janjiku padamu akan aku laksanakan
dan akan aku kembalikan senyuman yang pernah menyinari hidupmu
biarlah aku bersedih dan terluka oleh kata-katamu yan kadang kala tidak kau sedar
apa yang kau lafazkan
namun aku sayang padamu sehingga nafas terakhirku

nukilan ini khas untuk emak tersayang ..

No comments:

Post a Comment