PLAY MY SONG'S ♥

Monday, March 30, 2015

insan tidak didendang


kisah insan yang tidak didendang

dilubuk hatinya mengharap sesuatu
kasih sayang abadi dari insan tersayang


kini dia masih mencari
kemana pergi kasih nan abadi
jauh diperantauan
mengajar dia erti
kesabaran dan ketabahan
kerna sering kali merindui insan tersayang
mengharap masih ada sinar dihati
untuk memahami apa sebenarnya terjadi

perginya semangat kasih abadi
sehingga kini tiada berganti 
kasih abadinya seakan pergi
hatta roh masih dibumi

wahai bonda 
kasihmu seakan pudar
aku cuba memahai 
apa yang engkau lalui
segalanya aku turuti
kerna aku tahu 
sinaran itu pasti menyinari
cuma aku juga manusia
punya hati nurani
sentiasa mendambarkan kasih darimu
acapkali kenangan remajaku kembali
aku sering menangisi
kerna aku merindui
bonda yang dikasihi
percayalah bonda
sejauhmana aku pergi
kepercayaanmu aku jaga
kerna ianya tidak ternilai harganya

bonda aku juga merindui bonda yang aku kenali semasa remajaku

seringkali aku tertanya mengapa
mengapa aku didik sekian rupa
mengapa aku kalah dengan kata - katamu
mengapa aku diharapkan
mengapa aku membisu bila kita berdua
mengapa engkau kata engkau sayang aku
mengapa engkau menjauhi aku

aku tiada jawapan untuk semua persoalan itu
hanya padaNya aku berserah
demiNya aku menyayangi bonda lebih dari nyawaku
izinkan aku kembalikan bondaku yg dulu
yang sentiasa ada disisi ku 
yang sentiasa tersenyum

bonda ini luahan insan yang tidak didendang olehmu
namun aku tahu
pasti suatu hari
sinaran itu kembali




No comments:

Post a Comment